Friday, March 2, 2012

Panel solar terbesar di Malaysia

BAYAN LEPAS - Robert Bosch Sdn. Bhd. (Bosch) melabur lebih daripada RM7 juta untuk memasang kepingan panel solar di bumbung premis kilangnya di Zon Industri Bebas di sini menjadikan ia sebagai pemasangan panel solar terbesar di negara ini.

Inisiatif dalam menerajui inovasi hijau dalam sektor industri ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan pelbagai sektor termasuk perkilangan beralih kepada teknologi penjimatan elektrik.

Pengarah Urusan Bosch Malaysia dan Asia Tenggara, Martin Hayes berkata, sebanyak 2,300 keping panel solar yang dibangun menggunakan teknologi Bosch dipasang secara berperingkat-peringkat di premis berkenaan.

"Kepingan solar ini dapat menjana elektrik dan pemasangannya merupakan salah satu visi murni Bosch untuk meningkatkan penjagaan alam sekitar.

"Selain dapat menjana 850 megawat elektrik setahun, bangunan ini juga dapat mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 460 tan setahun," katanya pada majlis pelancaran pemasangan sistem panel solar fotovoltik di kilang Bosch di sini baru-baru ini.

Saturday, February 11, 2012

haha lama tak update

lama dah tak update. tetiba view ramai harini. ape yang korang cari entah. tngah wat asgmt ek??

Thursday, January 19, 2012

isu pencemaran alam sekitar

pencemaran berpunca sama ada secara semula jadi atau pun buatan manusia.pemasaalahan pencemaran yang berpunca dari buatan manusia kebanyakannya akibat tekanan ekonomi samaada untuk mendapatkan keuntungan ataupun untuk menjimatkan kos. secara logiknya jika penguatkuasaan di jalankan secara berkesan secara aotomatik membangkitkan kesedaran takutkan tindakan penguatkuasaan. Walaubagaimanapun isu pencemaran adalah satu skop yang sangat besar yang mana melibatkan organisasi seperti JAS, PBT, LUAS, PUAS, PPSP, NGO, GMG dll. sungguhpun begitu penglibatan masyarakat dalam penjagaan alam sekitar adalah yang paling berkesan. apa pendapat anda??

Tuesday, January 17, 2012

adukan pencemaran alam sekitar

  • pencemaran banyak berlaku di sekeliling kita
  • kadang kala kita juga terkesan dengan pencemaran yang berlaku
  • oleh itu kami memberikan anda saluran kepada anda yang terkesan dengan pencemaran untuk mengemukakan aduan kepada jabatan alam alam sekitar untuk diambil tindakan penguatkuatkuasaan dibawah akta kualiti alam sekeliling 1974.
  • pengadu perlu bertanggungjawab diatas aduan yang dikemukakan.
  • pengadu yang bertanggungjawab mengemukakan aduan yang spesifik mengenai punca, lokasi, masa dan lain-lain perkara yang dapat membantu sisatan.
  • adukan la masalah anda disini.

Tuesday, December 27, 2011

LUAS- badan yang menjaga sungai di selangor

Lembaga Urus Air Selangor atau singkatannya LUAS adalah sebuah agensi setempat pengurusan sumber air dan lembangan sungai di Negeri Selangor. Ia ditubuhkan di bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 setelah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang pada 9 April 1999. Pada 18 September 1999, majlis pelancaran LUAS telah disempurnakan oleh bekas Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri (Dr) Hj. Abu Hassan bin Hj. Omar yang juga selaku Pengerusi Lembaga Pengarah LUAS yang pertama pada masa itu. Ir. Hj. Rahmat B. Hj. Mohd Sharif, Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dilantik sebagai Pengarah LUAS yang pertama bermula pada 15 September 1999. LUAS mula beroperasi secara rasmi pada 1 Ogos 2000 dengan pengambilan kakitangan ‘nukleus’ seramai 13 orang termasuk Pengarah.

Sejarah penubuhan LUAS adalah bermula dari arahan Jemaah Menteri pada Julai 1997 yang lalu yang meminta Kementerian Pertanian dan seterusnya Kerajaan Negeri Selangor supaya mengkaji cadangan bagi menubuhkan suatu badan untuk menguruskan sungai dan sumber air secara yang bersepadu dengan mengambil Sg. Selangor sebagai projek perintis dan ‘Thames River’ di United Kingdom sebagai model pelaksanaan. Sehubungan dengan itu penyelarasan peranan dan bidangkuasa antara agensi serta antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah dibuat bagi mempastikan tidak wujudnya sebarang pertindihan fungsi dan tanggungjawab serta melicinkan perjalanan institusi yang baru ini. LUAS merupakan agensi ulung di dalam pengurusan sumber air dan lembangan sungai yang dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan. Sekiranya perlaksanaan ini berjaya maka ia boleh dijadikan contoh atau model untuk digunapakai bagi lembangan-lembangan sungai yang lain di seluruh Negara.

Sebagai sebuah agensi setempat, LUAS dipertanggungjawabkan bagi mempastikan sumber air, lembangan sungai, perairan pantai serta alam persekitaran Negeri Selangor berada di dalam keadaan terpelihara dengan peningkatan kualiti melalui pengurusan sumber air dan lembangan sungai secara yang holistik, bersepadu dan lestari. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan termasuklah perancangan, penyelidikan, pengezonan, pengurusan maklumat; pengurusan alam sekitar; pembangunan, kendalian dan selenggaraan; perundangan dan penguatkuasaan serta perkhidmatan korporat.


p/s: apa yang dapat dikatakan disini LUAS adalah sebuah badan yang menjaga sungai di selangor. Alam sekitar itu sangat besar maksudnya. kami hanya ingin membetulkan pemahaman orang ramai mengenai pembahagian tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar. jadi jika kamu lihat air sungai di selangor kotor, tercemar, keruh, atau ada aktiviti yang mungkin mengancam keadaan semula jadi sungai sila buat aduan kepada LUAS. tapi walaubagaimanapun kamu mesti baca enakment yang ditadbir oleh LUAS untuk memahami bidang kuasa LUAS dengan sepenuhnya.


Friday, December 16, 2011

kajian kes- tumpahan minyak BP

  • tumpahan minyak dari deep water horizon di teluk mexico berlaku berterusan selama tiga bulan pada tahun 201o.
  • merupakan tumpahan terbesar dalam sejarah perusahaan minyak dunia.
  • berpunca daripada tekanan minyak di lantai laut pada 20 april 2010 menghasilkan letupan semasa aktiviti penggerudian di marcorondo.
  • pada 15 Julai 2010 kebocoran telaga minyak tersebut dihentikan melalui penutupan telaga minyak tersebut.
  • dianggarkan 4.9 juta barel (780000 meter kiub) minyak mentah dengan tumpahan sebanyak 162000 barel/day (25800 meter kiub per day) memasuki perairan teluk mexico sebelum ditutup.
  • pada 19 september 2010 proses penutupan telaga telah berjaya disiapkan dan distiharkan "efectively dead"
  • namun pada ogos 2011 oil sheen dan minyak dikesan seluas beberapa batu persegi berdekatan telaga minyak tersebut dan analisis menunjukkan bahawa minyak tersebut sama dari telaga minyak yang bocor itu.
  • kejadian ini telah memberi impak yang besar kepada alam sekitar yang mana pencemaran marin dan kerosakan habitat hidupan liar yang teruk serta menjejaskan industri perlacongan.
  • oktober 2011 laporan NOAA menunjukkan kadar kematian dolfin dan ikan paus berganda dari kadar biasa.
  • 11000 Square kilometer kawasan penangkapan udang ditutup kerana bebola minyak.
  • pada 9 Julai 2011 dianggarkan 790 kilometer kawasan pantai di lousiana, missisippi, alabama dan florida telah dicemari tumpahan minyak.
p/s: owhhh ini kisah yang sangat sedih wooo wooo