Thursday, September 29, 2011

Air sungai di Selangor kualiti kelas ketiga

(gambar hiasan:Sungai Klang)

KLANG: Kualiti air sungai di Selangor menurun daripada kelas satu dan dua kepada kelas tiga akibat pencemaran sektor perindustrian, aktiviti pembuangan sampah dan bahan buangan dalam sungai.

Naib Presiden Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAn), Aldric Loong, berkata kualiti air sungai kelas ketiga berada pada tahap sederhana yang memerlukan kos tinggi bagi merawatnya.


Menurutnya, sebanyak 53 peratus daripada bekalan air terawat yang disalurkan kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dari sungai yang diklasifikasi dalam kelas ketiga.

“Kos merawat air sungai yang kualitinya berada pada tahap ketiga lebih tinggi kerana kandungannya sedikit tercemar,” katanya selepas menghadiri perbincangan meja bulat 2011 mengenai keadaan pembekalan air semasa di ketiga-tiga kawasan itu, di sini, semalam.


Aldric berkata, kualiti air sungai dibimbangi terus meningkat kepada kelas empat hingga mungkin membabitkan kos rawatan air jauh lebih tinggi andai sumber berkenaan tidak dijaga dengan baik.


Bagaimanapun, katanya, keadaan lebih serius apabila kualiti air sungai berada pada tahap kelima yang langsung tidak boleh dirawat.

“Justeru, setiap masyarakat perlu memainkan peranan menjaga kebersihan sungai demi kelangsungan masa depan,” katanya.

-harian metro 30september2011-


Thursday, September 15, 2011

kebakaran hutan di indonesia punca jerebu di singapura dan malaysia


SINGAPURA - Pemerintah Singapura menawarkan untuk menghantar sebuah pesawat bagi membantu Indonesia memadamkan kebakaran hutan di negara berkenaan, lapor media tempatan semalam.

Tawaran itu dibuat berikutan kebakaran hutan di Indonesia dibimbangi akan menyebabkan Singapura dilitupi jerebu semasa acara perlumbaan kereta Formula Satu (F1) diadakan di pulau berkenaan pada minggu depan.

Kebakaran hutan akibat pembakaran haram dalam kalangan petani dan syarikat pembalakan di Pulau Sumatera semasa musim panas menyebabkan Singapura dan Malaysia dilanda jerebu pada setiap tahun yang turut menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Indonesia yang merupakan pengeluar utama minyak sawit dunia berulang kali berjanji akan mengatasi masalah tersebut tetapi kebakaran hutan masih berlaku pada setiap tahun berikutan kelemahan penguatkuasaan undang-undang.

"Kami meletakkan satu pasukan dalam keadaan bersiap sedia untuk memadamkan kebakaran atau melakukan operasi pembenihan awan selain memberikan bantuan teknikal. Namun, semuanya bergantung sama ada Indonesia meminta atau memerlukan bantuan kami," kata Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air, Vivian Balakrishan dalam wawancara dengan saluran berita, Channel NewsAsia.

Awal minggu ini, agensi berita Bernama melaporkan Malaysia pernah menyuarakan kebimbangannya kepada Indonesia berhubung lebih 600 titik panas yang dikesan di Sumatera.

Singapura menjadi tuan rumah F1 pada bulan ini.

Berbeza dengan negara-negara lain, perlumbaan F1 di Singapura berlangsung pada waktu malam untuk memudahkan penonton Eropah menonton acara itu di televisyen. - Reuters

Saturday, September 10, 2011

punca utama jerebu di lembah klang

Regional Haze Map

  • kelihatan tompok merah mewakili hotspot yang berpunca daripada pembakaran terbuka yang banyak di kawasan sumatera dan kalimantan.
  • seperti yang diketahui umum pembakaran akan membebaskan agen pencemar seperti gas karbon monoksida, pepejal terampai dan sebagainya.
  • punca jerebu adalah berpunca dari pepejal terampai
  • anak panah panah mewakili pergerakan angin permukaan bumi
  • kelihatan angin permukaan tersebut bergerak dari pusat hotspot di sumatera terus ke semenanjung malaysia sekaligus meniup pepejal terampai bersama.
  • kesannya, semenanjung malaysia khususnya kawasan pantai barat menerima pepejal terampai dari sumatera dan terjadinya jerebu.
  • keadaan muka bumi di kawasan lembah kelang yang berbentuk lembah memburukkan keadaan jerebu di mana pepejal terampai yang sampai di kawasan itu sukar ditiupkan ke tempat lain setelah sampai.
  • oleh itu saya menyeru kepada semua untuk tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada jerebu seperti pembakaran terbuka dan sebagainya.
  • penggunaan kenderaan bermotor juga adalah penyumbang terbesar kepada pencemaran udara. oleh itu berkongsi kenderaan dan penggunaan pengangkutan awam sedikit sebanyak dapat mengurangkan kejadian jerebu dan pencemaran udara yang lain.

p/s: bayakkan ler bersabor. orang buat taik orang lain kena busuknya. tapi kena pikir balik time kita wat taik pernah ke pikir orang lain??

Sunday, September 4, 2011

Sikap penduduk punca Pulau Pinang kotor


Go to fullsize image

GEORGE TOWN – Jangan salahkan kerajaan negeri tetapi salahkan diri sendiri jika Pulau Pinang kotor. Demikian tegas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh apabila mendapati masih ramai penduduk di negeri ini yang mengabaikan kebersihan terutama yang tinggal di sekitar bandar dan pantai.

Katanya, walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk menyediakan papan tanda larangan serta menambah tong sampah di kawasan kediaman serta komersial, tetapi masih ada yang tidak ambil peduli.

“Sebagai rakyat Pulau Pinang, kita patut berasa malu jika orang luar terutama pelancong lihat tempat kita kotor gara-gara sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab.

“Penduduk seharusnya sedar bahawa faktor kebersihan adalah sesuatu yang asas dan perlu dipupuk dalam diri masing-masing,” ujarnya ketika membentangkan Rangka Kerja Utama Program Mengindahkan Pulau Pinang baru-baru ini.

Boon Poh menegaskan, sikap penduduk yang suka membuang sampah merata-rata boleh merencatkan usaha kerajaan negeri untuk mengindahkan negeri ini.

“Sebagai rakyat, kita perlu sama-sama menjaga keindahan negeri ini tanpa perlu disuruh berbuat demikian.

“Jika rakyat terus bersikap pengotor, kempen Penang Bersih, Hijau atau Cleaner Greener Penang yang dilancarkan dua tahun lalu tidak akan berjaya sepenuhnya,” katanya lagi.