Tuesday, April 3, 2012

Untuk menjadikan Negara kita kearah yang lebih baik

Negara Malaysia adalah negara yang berpaksikan kepada pelembagaan. dibawah perlembagaan pula pula diwujudkan pula akta-akta atau undang-undang yang meliputi pelbagai perkara bagi tujuan kawalan dan juga sebagai panduan kepada sesiapa sahaja tak kira warga negara waima orang asing yang menjejakkan kaki atau berada di dalam negara Malaysia. Dengan adanya undang2 ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara yang aman dan maju yang membolehkan setiap mereka yang berada di Malaysia merasai kenikmatan.

akta-akta tersebut diletakkan di bawah suatu jabatan, agensi atau kementerian bagi tujuan mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang tersebut. Walaubagaimanapun penguatkuasaan dimata rakyat adalah lemah dan ada logiknya jika dilihat dari segi bilangan tenaga kerja yang menguatkuasakan undang-undang tersebut berbanding bilangan rakyat Malaysia yang ramai. Tapi takkan lah pula kerajaan perlu mengambil kesemua rakyat malaysia menjadi penguatkuasa. siapakah pula yang akan melakukan tugas2 lain bagi memajukan negara dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dll.

Sehubungan itu kami berpendapat perlunya ada hubungan dua hala antara agensi penguatkuasa dengan rakyat malaysia yang mana kesemuanya menjadi mata dan telinga kepada agensi penguatkuasaan. Hal ini munkin boleh dilaksanakan dengan setiap rakyat Malaysia mebaca dan memahami undang-undang tersebut dan bila berjumpa dengan perkara yang melanggari undang2 kita boleh mengemukakan maklumat kepada agensi yang berkaitan.

nak buat aduan pun sekarang bukan susah pun. zaman teknologi sekarang pakai email pun boleh.

Di sini kami cuba listkan setiap agensi yang berada di malaysia berserta undang2 yang berkaitan dengan agensi tersebut. kami listkan sikit2 dah la, nanti kami update slow. korang pun bleh la tolong carikan maklumat dan postkan di ruangan komen.

hehe dulu sebut pasal undang2 kami cuma tahu pasal penjahat jerr tapi kami silap besarr la. banyak lagi yang terkandung dalam undang seperti prosedur satu perkara malah meliputi sehingga adat melayu dan agama islam. kalau tak percaya jom la sesama kita baca undang2.

1)

Jabatan Imigresen Malaysia Menguatkuasa Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Pasport 1966. nak buat aduan pula dekat sini

No comments:

Post a Comment