Saturday, October 8, 2011

JEMPUTAN MEMERIAHKAN KARNIVAL KOMUNITI PAYA INDAH WETLANDS & SAMBUTAN MINGGU HIDUPAN LIAR PADA 8 & 9 OKTOBER 2011

















Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

YBhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan-puan.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) akan menganjurkan Karnival Komuniti Paya Indah Wetlands pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 8 & 9 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad)

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tempat : Paya Indah Wetlands, Dengkil,

Selangor

Karnival ini merupakan salah satu program kesedaran awam untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada orang ramai mengenai usaha-usaha Jabatan PERHILITAN dalam memulihara dan memelihara ekosistem serta hidupan liar terutamanya di Paya Indah Wetlands. Selain itu, Sambutan Minggu Hidupan Liar 2011 juga turut dilancarkan .

Antara aktiviti menarik ialah Pameran dan Jualan, Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera, Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Memancing (Terbuka), Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan ‘Wildlife Quiz’ dan Pertandingan ‘Wildlife Race’ & serta kehadiran Duta Perhilitan, Selebriti ASTRO, Ady Fashla akan turut memeriahkan karnival ini.


p/s: ape lagi klau tak tau nak pi kemana hujung minggu ni, moh le kita ramai-ramai

No comments:

Post a Comment