Sunday, October 9, 2011

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) pada 21 oktober setiap tahun

SEJARAH RINGKAS

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan komenwel (CHOGM) pada 18-24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama seminggu dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM)

OBJEKTIF MASM

Sambutan MASM juga telah dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar Negara. Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan

Objektif sambutan ini adalah untuk:

I. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai

II. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan

III. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar


dan untuk tahun 2011 majlis perasmian minggu alam sekitar peringkat kebangsaan akan diadakan pada 18 oktober 2011 di Taman Tamadun Islam , Kuala Terengganu.

objektif utama program ini adalah meningkatkan kesedaran alam sekitar dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Tapi buat masa ni aku rasa kesedaran rakyat malaysia masih ditakuk lama walaupun pelbagai usaha telah dilakukan. Biasanya kita baru nak sedar bila kita terkesan akibat pencemaran lepas tu baru tau nak marah. tapi bila kat batang hidung sendiri buat tak kisah jer. menjelang Kearah negara maju 2020 yang akan menyebabkan pembangunan yang drastik pastinya akan berlaku banyak konflik alam sekitar. oleh itu penerapan kesedaran dari awal akan dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar dengan memelihara alam sekitar dipikul oleh semua rakyat malaysia.

p/s: buka hati, buka minda dan buka mata supaya tidak menyesal di kemudian hari

No comments:

Post a Comment