Monday, August 22, 2011

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974- bahagian 1


yeah mari belajar undang2 berkenaan alam sekitar

Di dalam undang-undang kawalan pencemaran ini terbahagi kepada empat:


a) Akta.

bahagian akta pula terbahagi kepada 8 bahagian iaitu:
  • bahagian 1: permulaan= banyak terang pasal tafsiran.
  • bahagian 2: pentadbiran= terang siapa pihak berkuasa dan lain-lain
  • bahagian 3:lesen= berkenaan perlesenan
  • bahagian 4:Larangan dan kawalan pencemaran
  • bahagian 5:kawalan buangan terjadual(schedule waste/sisa toksik)
  • bahagian 6:rayuan dan lembaga rayuan=ni prosedur lesen tak dilulus
  • bahagian 7:pembayaran ses dan kumpulan wang alam sekeliling
  • bahagian 8:pelbagai=kuasa pihak berkuasa

b) peraturan- peraturan kualiti alam sekeliling

peraturan peraturan ini akan menerangkan secara lebih lanjut berkenaan bahagian 4 akta iaitu larangan dan kawalan pencemaran. dalam akta hanya menerangkan tentang kesalahan dan hukuman yang akan dikenakan. dalam peraturan pula diterangkan perkara-perkara seperti prosedur-prosedur atau kaedah pengurusan kawalan pencemaran yang perlu dikuti. didalamnya juga ada menyatakan kesalahan yang boleh dikompoun yang mana tiada diberitahu di dalam akta. pendek kata akta penggunaannya lebih kepada pendakwaan di mahkamah manakala peraturan pula lebih kepada budi bicara dan arahan-arahan kepada pihak berkenaan.walau apapun akta dan peraturan tetap berkait antara satu sama lain yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak yang berkenaan. peraturan peraturan kualiti alam sekeliling adalah seperti berikut:

  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling (perlesenan)1977
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(minyak kelapa sawit mentah) 1977
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(udara bersih)1978
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(getah asli mentah)1978
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kawalan kepekatan plumbum dalam gasolin motor)1985
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(bunyi bising kenderaan motor)1987
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(kemudahan pengolahan dan perlupusan buangan terjadual) 1989
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kawalan perlepasan daripada enjin diesel)1996
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kawalan perlepasan daripada enjin petrol)1996
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(pengurusan refrigeran)1999
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(pengurusan halon)1999
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(lembaga rayuan)2003
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kawalan perlepasan dari motosikal)2003
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(dioksin dan furan)2004
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(buangan terjadual)2005
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kawalan kandungan petrol dan diesel)2007
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(Efluen perindustrian)2009
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kumbahan)2009
  • peraturan peraturan kualiti alam sekeliling(kambus tanah)2009

c)perintah alam sekeliling

lebih kepada mengistiharkan sesuatu perkara. lebih kurang jer macam peraturan-peraturan alam sekeliling cuma ayat die jer lain sket. bezanya perintah ni tidak disertakan dengan hukuman. klau pelanggaran keatas perintah ni biasanya bahagian akta dan peraturan-peraturan berkaitan akan dirujuk.perintanh perintah alam sekeliling adalah seperti berikut:

  • perintah kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(minyak kelapa sawit mentah) 1977
  • perintah kualiti alam sekeliling(premis yang ditetapkan)(getah asli mentah)1978
  • perintah kualiti alam sekeliling(aktiviti yang ditetapkan)(penilaian kesan kepada alam sekeliling)1987
  • perintah kualiti alam sekeliling(aktiviti yang ditetapkan)(kemudahan pengolahan dan perlupusan buangan terjadual)1989
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa pencemaran marin)1993
  • perintah kualiti alam sekeliling(larangan keatas penggunaan klorofluorokarbon dan lain-lain gas sebagai propelan dan agen pengembang)1993
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa pencemaran marin)1994
  • perintah kualiti alam sekeliling(larangan terhadap penggunaan bahan terkawal didalam sabun, bahan cuci sintetik dan agen pencuci lain)1995
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa)( penyiasatan pembakaran terbuka) 2000
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa)( pengurusan halon) 2000
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa)( perbadanan putrajaya) 2002
  • perintah kualiti alam sekeliling(aktiviti yang diisyhtiharkan)( pembakaran terbuka) 2003
  • perintah kualiti alam sekeliling(pembawa yang ditetapkan)( buangan terjadual) 2005
  • perintah kualiti alam sekeliling(perwakilan kuasa)2005

d)kaedah-kaedah kualiti alam sekeliling

kaedah ni tak de ape sangat la kot. cuma nak beritahu cara-kompoun je.kaedah-kaedah kualiti alam sekeliling adalah seperti berikut:

  • kaedah-kaedah kualiti alam sekeliling(mengkompoun kesalahan-kesalahan) 1978
  • kaedah-kaedah kualiti alam sekeliling(mengkompoun kesalahan-kesalahan)(pembakaran terbuka) 2000


inilah undang-undang yang terpakai di Malaysia bagi mengawal aktiviti pencemaran. saje je nak berkongsi dengan kawan-kawan. mana lah tahu dapat meningkatkan tahap environmentalist dalam diri masing-masing.

insyalah lepas ni kita akan membincangkan secara lebih mendalam benda-benda kat atas tu. tapi aku rasa lebih fokus kat bahagian 4 akta (larangan dan kawalan pencemaran) dan peraturan peraturan kualiti alam sekeliling.

No comments:

Post a Comment