My Environment
Tuesday, April 3, 2012
Untuk menjadikan Negara kita kearah yang lebih baik
Monday, April 2, 2012
Senaman Di Mana Aje??
AKTIVITI TURUN NAIK TANGGA
Anda memiliki tangga di kantor? Ini bisa anda jadikan sebagai media untuk membakar kalori lebih banyak. Naik turun tangga selama 30 menit dapat membakar 200 kalori. Kegiatan ini bisa anda lakukan kapan saja dan di mana pun baik di rumah, kantor dan lain-lain. Manfaatkan sela kesibukan di kantor untuk melepaskan penat sejenak dengan menaiki atau menuruni tangga.
Sumber internet
Sehari setelah saya melihat dan membaca sebuah artikel di website info kesehatan (lupa alamatnya) saya memposting status tersebut di dinding group bersifat tertutup untuk umum. Yang memang dalam artikel tersebut bahwa baru-baru ini ilmuwan luar negeri (kalo gak salah ilmuwan Amerika) yang meneliti berkenaan dengan aktivitas naik turun tangga dan ternyata naik turun tangga selama lebih kurang 30 menit dapat membakar kalori melebihi aktivitas olahraga seperti badminton (bulu tangkis), Tenis, Basket dan satu lagi saya lupa.
Jadi bagi anda yang tidak sempat berolahraga dipersilakan melakukan aktivitas naik turun tangga, gak pake lari juga gak apa-apa. Selamat melakukan aktivitas. Salam Olahraga.
Sumber internet
Bersenam sambil bekerja
Dalam sehari berapa lamakah masa yang diperuntukkan untuk bersenam atau kita langsung tidak mengendahkannya kerana kesibukan bekerja atau menjalani jadual kehidupan seharian. Tubuh yang kurang bersenam akan menyebabkan organ dan sistem badan menjadi lebih cepat lemah daripada yang sepatutnya.
Apa yang lebih membimbangkan jika rakyat Malaysia tidak memulakan senaman dari sekarang, negara akan dipenuhi oleh warga tua yang sakit dan tidak sihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.
Ini didedahkan oleh Pengurus Fisioterapi Institut Jantung Negara (IJN) Datin Maimunah Johari.
Justeru katanya. senaman perlu dilakukan oleh semua peringkat masyarakat sebanyak tiga hingga lima kali seminggu. Sebaik-baiknya selama setengah jam kerana senaman membantu meningkatkan kecergasan jantung dan paru-paru, meningkatkan aliran darah dan mengurangkan hipertekanan dan kencing manis.
Beliau menambah, seseorang dikatakan melakukan senaman apabila tenaga yang digunakan melebihi kegiatan fizikal biasa. Senaman jelasnya bermaksud menggerakkan badan secara fizikal supaya paru-paru, jantung dan otot bertugas dengan lebih baik.
Maimunah yakin senaman boleh dijadikan amalan hidup seharian dengan mudah.
Berikut beberapa cara berkesan untuk melakukannya:
1. Letakkan kereta lebih jauh dari pintu masuk pasar raya atau tempat kerja supaya anda boleh berjalan kaki.
2. Gunakan tangga untuk naik dan turun dari sesuatu tingkat bangunan dan elakkan menggunakan tangga bergerak atau lif.
3. Luangkan masa 15 minit semasa waktu makan tengah hari untuk melakukan senaman. Jika terdapat gimnasium kecil dengan basikal senaman, bolehlah ditunggang.
4. Jika anda menghabiskan banyak masa dengan duduk menggunakan komputer, bangun setiap jam untuk melakukan senaman lima minit bagi meregangkan lengan, kaki, otot, bisep dan trisep.
5. Jalan dengan pantas di sekeliling pejabat.
Semasa di rumah, anda boleh bersenam dengan cara berikut:
1. Menyapu lantai
2. Mengelap lantai senaman terbaik di rumah, tetapi tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jantung.
3. Membersihkan rumah
4. Naik dan turun tangga di rumah beberapa kali sehari.
5. Berkumpul dengan ahli keluarga atau jiran-jiran untuk keluar berjalan dengan pantas.
`Bentuk senaman paling baik ialah berjalan kaki terutamanya berjalan dengan pantas. Ia boleh diamalkan oleh golongan muda, dewasa dan tua,'' jelasnya
Hasil kajian menunjukkan amalan berjalan kaki dengan pantas antara empat hingga enam kilometer sejam memanfaatkan jantung dan badan.
Berjalan dengan pantas juga lebih baik bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan berbanding joging perlahan yang boleh memberikan kesan sampingan seperti kecederaan kepada kaki atau buku lali.
Menurut Maimunah, cara terbaik untuk memulakan hari anda ialah dengan berjalan kaki selama 20 minit pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja. Apabila berjalan, badan akan membina hormon endorfin (hormon gembira) yang boleh bertahan antara dua hingga enam jam.
Ia turut menjadikan jantung lebih kuat. Bagaimanapun sebelum berjalan kaki dengan pantas, anda perlu memanas dan meregangkan badan bagi mengelakkan kecederaan otot atau kecederaan kaki atau betis.
Kebaikan senaman
1. Paling penting sekali, ia meningkatkan kecergasan kardio-pulmonari (paru-paru/jantung) dan aliran darah.
2. Meningkatkan kolesterol baik dan mengurangkan kolesterol tidak baik dalam darah.
3. Mengurangkan tekanan darah. Apabila usia kita meningkat tekanan darah kita biasanya turut meningkat. Senaman membantu mengurangkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung.
4. Senaman juga dapat menjadikan jantung lebih kuat.
5. Bagi pesakit kencing manis, senaman dapat membantu mengurangkan tahap gula, menguatkan otot dan meningkatkan daya pergerakan sendi.
6. Apabila kita kerap berjalan, cecair dalam sendi kita akan berfungsi dengan lebih baik seperti enjin.
7. Membantu mengawal berat badan.
8. Mencegah osteoperosis apabila usia kita semakin lanjut. Osteoperosis ialah pembunuh senyap.
9. Mengurangkan ketegangan otot disebabkan oleh tekanan, yang mempengaruhi mood dan tumpuan kita. Apabila kita bersenam, fikiran kita lebih cerdas.
10. Senaman membolehkan kita tidur lena dan memperbaiki bentuk badan, wajah, imej diri dan kesejahteraan kita secara amnya.
TIPS SENAMAN
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengasas Pusat Kecergasan Jazzercise, Judi Sheppard Missett menyenaraikan beberapa senaman ringkas yang sesuai untuk mereka selalu sibuk.
Anda hanya memerlukan 10 minit tiga kali sehari untuk bersenam berbanding regim biasa senaman 30 minit. Ia boleh dilakukan di tempat kerja dan di rumah iaitu 10 minit sebelum pergi kerja, 10 minit ketika waktu rehat atau makan tengah hari dan 10 minit sebelum pulang ke rumah. Jika di rumah senaman berkenaan boleh dilakukan ketika anda menonton rancangan kegemaran di televisyen.
Antara gerakan senaman itu ialah:
1. Turun naik tangga - elak guna lif di tempat kerja.
2. Lebihkan berjalan - Letakkan kereta jauh dari tempat beli-belah supaya dapat bersenam menggunakan kaki.
Sumber internet
Kebaikan Senaman Lari
Senaman boleh dilakukan pelbagai cara seperti naik turun tangga, lari setempat, berjalan jauh dan sebagainya. Selain daripada menjimatkan kos, senaman berlari banyak manfaatnya. Para peneliti telah menyatakan senaman lari adalah salah satu cara untuk awet muda. "Daripada pelbagai senaman kardio yang lain, senaman lari telah dinobatkan dapat menguatkan tubuh serta tetap awet muda,” papar JoAnn Manson, MD., ketua unit pencegahan Hospital Brigham and Women’s.
Sumber internet
Irfan Khairi
Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.
Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit. Antara cara asas menjaga kesihatan kita:
1.Jaga pemakanan kita - jangan makan berlebihan, kurangkan garam dan juga gula. Lebihkan buah buahan dan sayur-sayuran. Makanan terbaik adalah makanan organik (tidak diproses).
2.Bersenam selalu - lakukan senaman dari masa ke semasa. Senaman mudah seperti jogging ataupun berjalan. Bersukan adalah aktiviti sihat yang dapat dilakukan. Tidak minat dengan sukan? lakukan senaman-senaman mudah dari rumah (Turun naik tangga juga bersenam!)
3.Cukupkan rehat - Tidur sedikit awal setiap hari sekiranya anda rasakan badan penat dan lesu. Apa yang anda perlukan adalah rehat yang secukupnya.
Sumber internet
Wednesday, March 28, 2012
Thursday, March 15, 2012
Sisa minyak hitam dibuang dalam alur air
MELAKA - Siapa punya angkara?
Itulah persoalan yang timbul mengenai kewujudan bahan buangan sisa minyak hitam yang dibuang oleh individu yang tidak bertanggungjawab di sebuah alur air di Parit Melana, Alor Gajah di sini kelmarin.
Kejadian tersebut disedari selepas Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri mendapat panggilan daripada orang awam pada pukul 9 pagi selepas mereka terlihat sisa minyak hitam di alur air tersebut yang berdekatan dengan sebuah masjid.
Ketua Penolong Pengarah JAS negeri, Hedzir Zakaria berkata, sejurus selepas menerima aduan mengenai kewujudan minyak itu, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati sisa minyak hitam tersebut masih baru dan dipercayai dibuang pada Ahad lalu.
"Disebabkan sisa minyak hitam itu dibuang dalam alur air, kita terpaksa meminta bantuan daripada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk mengepam sisa minyak hitam dalam alur itu sebelum ia mengalir ke Sungai Melaka.
"Setakat ini keadaan terkawal kerana kami telah memasang oil boom bagi menyekat air dalam alur tersebut yang telah dicemari mengalir lebih jauh dan memasuki loji air di Durian Tunggal," katanya ketika dihubungi semalam.
Tuesday, March 13, 2012
Siasat pencemaran Sungai Sepetang - CAP
IPOH — Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan dan pihak-pihak terbabit menyiasat dan mengambil tindakan segera mengatasi masalah pencemaran Sungai Sepetang di Taping, Perak.
Presiden CAP S.M Mohamed Idris berkata, masalah pencemaran itu berpunca daripada projek ternakan udang berhampiran sungai itu yang selain memusnahkan hutan paya bakau dan mencemar air sungai berkenaan juga mengancam mata pencarian lebih 100 orang nelayan tempatan.
Kehidupan beberapa spesis burung termasuk pembiakan kelip-kelip yang terkenal di negara ini turut terancam dan semakin berkurangan kesan daripada sinaran cahaya lampu daripada kawasan kolam udang di situ katanya, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Mohamed Idris berkata, beberapa aduan dibuat sebelum ini tiada memberi kesan tanpa sebarang tindakan pihak terbabit dan nelayan di situ mendakwa keadaan sudah berlarutan sejak 15 tahun yang lalu.
Tindakan pengusaha ternakan udang berkenaan membuang sisa kolam ke dalam sungai menyebabkan ikan dan udang yang menjadi sumber pendapatan utama nelayan semakin pupus dan berkurangan, katanya. Menurut CAP, antara spesis ikan yang terancam ialah ikan sembilang, kerapu, jenahak dan ikan lumba-lumba.
Mohamed Idris berkata, nelayan di situ sebelum ini memperoleh pendapatan lebih RM70.00 sehari tetapi sekarang hanya RM20.00 sehari akibat pencemaran yang berlaku di sungai berkenaan.— BERNAMA
Monday, March 12, 2012
Pengasingan sisa pepejal mandatori 2015
PUTRAJAYA - Kerajaan akan melaksanakan pengasingan sisa pepejal di punca secara mandatori seawal tahun 2015, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.
Beliau berkata, ia adalah selaras dengan penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) dan penswastaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Semenanjung pada 1 September tahun lepas.
Seperti termaktub dalam akta tersebut, beliau berkata, setiap isu rumah atau pemilik premis yang gagal mengasingkan sisa pepejal akan dikenakan penalti.
"Memandangkan akta ini baru bermula, kita akan memberi tiga tahun sekurang-kurangnya supaya masyarakat sedar pentingnya mengasingkan sisa-sisa pepejal di rumah dan sekaligus mengurangkan penjanaan sisa pepejal melalui amalan kitar semula,” katanya di sini semalam. — BERNAMA
Friday, March 2, 2012
Panel solar terbesar di Malaysia
BAYAN LEPAS - Robert Bosch Sdn. Bhd. (Bosch) melabur lebih daripada RM7 juta untuk memasang kepingan panel solar di bumbung premis kilangnya di Zon Industri Bebas di sini menjadikan ia sebagai pemasangan panel solar terbesar di negara ini.
Inisiatif dalam menerajui inovasi hijau dalam sektor industri ini bertepatan dengan saranan kerajaan yang menggalakkan pelbagai sektor termasuk perkilangan beralih kepada teknologi penjimatan elektrik.
Pengarah Urusan Bosch Malaysia dan Asia Tenggara, Martin Hayes berkata, sebanyak 2,300 keping panel solar yang dibangun menggunakan teknologi Bosch dipasang secara berperingkat-peringkat di premis berkenaan.
"Kepingan solar ini dapat menjana elektrik dan pemasangannya merupakan salah satu visi murni Bosch untuk meningkatkan penjagaan alam sekitar.
"Selain dapat menjana 850 megawat elektrik setahun, bangunan ini juga dapat mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 460 tan setahun," katanya pada majlis pelancaran pemasangan sistem panel solar fotovoltik di kilang Bosch di sini baru-baru ini.